Bukit Wang
Category:
RESOURCES
June 3, 2025

Gambar ini saya ambil di Bukit Wang, menggunakan telefon sahaja.
Saya tangkap gambar pada waktu pagi, ketika cahaya matahari baru mula masuk ke dalam kawasan hutan. Keadaan ini membantu menghasilkan kesan ‘sun rays’ atau ‘god rays’, di mana cahaya matahari kelihatan seolah-olah menembusi celahan pokok dan kabus halus di udara.
Dari segi teknik, walaupun telefon tidak membenarkan kawalan manual penuh, saya manfaatkan fungsi auto HDR yang ada pada kamera telefon. HDR membantu menyeimbangkan cahaya terang dari langit dan kawasan gelap di bawah pokok supaya kedua-dua bahagian masih dapat dilihat dengan jelas.
Dari segi komposisi, saya gunakan leading line — jalan bata yang melengkung ke dalam gambar membantu membawa perhatian mata penonton ke arah ‘sun rays’ di tengah gambar.
Untuk penyuntingan, saya hanya buat sedikit penyesuaian:
Meningkatkan kontras supaya cahaya lebih menonjol.
Menambah sedikit vibrance untuk menyerlahkan warna hijau daun.
Mengekalkan suasana asli supaya gambar tetap nampak natural dan tidak terlalu diproses.
Gambar ini bertujuan untuk menangkap keindahan semula jadi suasana pagi di dalam hutan, dan menonjolkan permainan cahaya yang berlaku secara spontan.


