Gigi Coffee

Category:

RESOURCES

May 2, 2024

Blog Photo Real Mehedi Free Framer Template Photography

Ayat Presentasi Lengkap

Untuk gambar ini, saya menggunakan telefon sahaja sebagai peralatan utama.
Walaupun saya ada belajar asas fotografi seperti ISO, aperture, dan shutter speed, dalam kamera telefon — kebanyakan setting ini dikawal secara automatik. Aperture pada lensa telefon adalah tetap, dan ISO serta shutter speed biasanya dipilih oleh sistem kamera mengikut keadaan cahaya.

Saya ambil gambar ini pada waktu malam, supaya latar belakang nampak gelap dan cahaya dari papan tanda (signage) lebih menyerlah. Cahaya utama datang sepenuhnya daripada signage — saya tidak menggunakan sumber cahaya tambahan.

Dari segi komposisi, saya susun gambar supaya signage berada di bahagian sisi gambar untuk menghasilkan ruang negatif, dan memberi kesan ‘moody’ serta ‘cinematic’.

Selepas gambar diambil, saya lakukan sedikit proses penyuntingan menggunakan aplikasi di telefon. Antara langkah yang saya buat ialah:

  • Menambah kontras supaya cahaya signage lebih menonjol.

  • Mengurangkan shadow supaya latar belakang lebih gelap.

  • Meningkatkan saturation warna biru untuk mencipta suasana malam yang lebih kuat.

  • Menajamkan sedikit imej supaya tulisan di signage kelihatan jelas.

Secara keseluruhan, saya ingin menghasilkan gambar yang mempunyai suasana malam yang dramatik, dengan fokus kepada signage sebagai subjek utama.